TEMPAHAN BATCH 8 TELAH DIBUKA · 129 SEKOLAH · 170 SMARTBOARD TELAH DIHANTAR

Canva for Education Malaysia — Akaun Pro Percuma untuk Cikgu

Canva for Education ialah versi PREMIUM Canva yang ditawarkan SECARA PERCUMA kepada cikgu sekolah kerajaan Malaysia melalui DELIMa KPM. Akses semua template premium, gambar stok, video, dan AI design tools tanpa caj. Panduan ini menunjukkan cara daftar dan tip terbaik untuk gunakan dalam kelas.

Cara Aktifkan Canva for Education Percuma

1. Pastikan anda ada akaun DELIMa @moe-dl.edu.my 2. Pergi ke canva.com/education 3. Klik 'Get verified' 4. Daftar guna email @moe-dl.edu.my 5. Pengesahan automatik dalam 24–48 jam

Selepas verified, anda akan dapat akses kepada semua ciri Canva Pro PERCUMA selama anda jadi cikgu sekolah kerajaan.

5 Bahan Pengajaran Best Direka di Canva

1. Infografik subjek — Visualkan konsep sukar seperti kitar air, sejarah 2. Presentation interaktif — Untuk paparan pada Smartboard AI 3. Lembaran kerja — Worksheet dengan reka bentuk profesional 4. Poster motivasi — Hias bilik darjah 5. Video pendek — Penerangan konsep 60-saat untuk WhatsApp kelas

Canva + Smartboard AI = Reka & Papar Terus

JAX Smartboard AI sokong paparan Canva designs secara penuh skrin. Cikgu boleh edit reka bentuk live di Smartboard, dan murid lihat proses kreatif. Lebih menarik berbanding cetak handout berkali-kali.

JAX Smartboard AI

Smartboard AI untuk bilik darjah anda — subsidi RM4,000

129 sekolah di 13 negeri sudah guna. Pakej termasuk mobile stand, pemasangan, dan latihan percuma untuk tempahan 2 unit dan ke atas.

Soalan Lazim

Canva for Education benar-benar percuma?+

Ya, percuma selagi anda cikgu sekolah kerajaan/bantuan kerajaan Malaysia dengan akaun DELIMa.

Murid boleh dapat Canva for Education?+

Boleh. Murid sekolah kerajaan layak guna akaun @student.moe-dl.edu.my untuk akses Canva for Education.

Akaun akan tamat tempoh?+

Tidak selagi anda masih jadi cikgu sekolah. Akaun perlu diverifikasi semula setiap tahun secara automatik.

Panduan Berkaitan